About Me

My photo
saya ni seorang yang simple....kadang2 tu mudah sangat merajok dan amek ati ape yang orang kate...pemalu tu ye jugak....tapi bila dah kenal dengan sesorang tu dengan rapat....orang tu akan tahu saya ni sebenarnya sangat suka bercakap....harap sangat saya dapat bahagiakan hati semua orang disekeliling saya biarpon saya tidak bahagia...:)

Followers

nuffnang advertising

Tuesday, June 5, 2012

stress melanda


assalamualaikum buat semua rakan2 blogger

mulakan hari dengan bismillah
harini aku nak berbicara tentang bebanan kerja yang amat banyak.
dah tak mahu bicara soal cinta dah,t kawan2 bosan pulak kan? :)
sebenarnya..tinggal 3 minggu lagi sebelum final examination
penutup untuk semester 05...

segalanya mula kucar kacir,fikiran tak tenang..
maklumlah hanya budak2 art je yang tahu apa akan jadi bila da nak akhir semester.
time2 macam ni la nak guna banyak duit
editing xyah cakap..guna banyak masa dan tenaga
tu belum masok dengan painting 4 x 3 kaki lagi
sempat ke aku nak siapkan semua tu kalau tinggal 3 minggu lagi?


heiii...think positif noni..i know u can do it ( saja bagi semangat kat diri sendiri)..
mudah2an semester ni berjalan dengan lancar.
tak sabar nak abeskan blajar
nak tempuh alam pekerjaan pulak
pastu baru pikir tentang jodoh :) ( gatal gak ni.ish xley jadik)

harapan aku
semoga semester ni berjalan dengan lancar..
semoga dapat keputusan cemerlang.
semoga dapat siapkan semua keja on time
doakan aku ye?

sekian wsalam :)

Thursday, May 31, 2012

kembali menulis lagi...



assalamualaikum...salam jumaat buat semua..
da lama rasanya tak menulis kat sini...
mungkin ramai yang da bosan tengok blog ni kan?sebab...
blog ni cuma cerita tentang perasaan,cinta dan perkara-perkara yang membosankan..


alhamdullilah,skarang ni saya da sehat sikit berbanding sebelumni...
tapi macam biasa,banyak dugaan yang datang....perhubungan saya dan si dia pon semakin renggang
mungkin sebab jarak dan masa yang buat kami jadi macam ni
tapi saya redha...saya  tak akan merungut lagi...
sayang dan cinta tu seolah-olah hilang ditelan angin dan waktu..

kali ni,saya ada berita gembira yang nak dikongsikan dengan semua rakan2 blog saya :).
setelah lama menunggu,akhirnya..abang n kakak akan melangsungkan perkahwinan bulan september nanti
saya gembira buat mereka..alhamdullilah.semoga semuanya berjalan dengan lancar.

lepas ni,mungkin giliran along pulak...
lepas along,baru saya kot...tu pon kalau ada calon.
dan bila bercakap pasal calon ni...macam-macam bermain kat fikiran....
wujud lagi ke calon untuk saya ni?
kadang-kadang tergelak sorang-sorang....
perjalanan masih jauh untuk ditempuh.walau perit,walau pedih...walau banyak dugaan yang ada
saya harus cekalkan hati ni kan?
usaha lebih cikit..da tak lama da...setahun setgah lagi sebelum graduation...


orang kata menunggu ni adalah sesuatu perkara yang amat menyeksa kan..betul ke?
dan mungkin sebab tu,kekasih saya silih berganti..datang dan pergi......
dulu memang sedih,sekarang tak lagi..

SEBAB SAYA KENA BELAJAR TERIMA KENYATAAN KAN?

mungkin buat masani saya tak tahu sapa si dia tu...
TAPI saya tahu si dia ada....si dia akan muncul 1 hari nanti...
dan kami akan di ijabkabulkan dengan suasana yang meriah :)

pesanan buat BAKAL SUAMI@JODOHKU

"awak jangan risau..saya akan tetap tunggu awak datang...sebab saya da penat cari awak..merata-rata saya cari....tapi tetap tak jumpa juga....mungkin ALLAH SWT dah tetapkan sesuatu untuk kita...DIA nak awak yang cari saya.....saya akan tetap tunggu awak..INSYAALLAH...."



salam jumaat semua :)

Sunday, April 15, 2012

dugaan demi dugaan T_T

assalamualaikum wbt.

setelah sekian lama tak menulis..keadaan yang menyebabkan saya menulis entri  untuk harini....entah kenapa orang yang tak berapa lawa macam saya kena dugaan macam ni.
namun saya redha...mungkin allah swt tu tahu saya boleh lalui dugaan ini.entah kenapa.....satu hari,saya rasa tak sihat dan ianya berpanjangan.mula-mula..saya tak rasa apa-apa. tapi lama-lama keadaan ni semakin membebankan saya.setiap kali saya nak buat assignment,saya akan rasa lemah..dan ada sesuatu d bahu kiri saya..berat sangat.ALLAH SWT je tahu macamana seksa nya saya....dengan penyakit ni.

        saya berulang alik ke klinik...da bermacam ubat yang doktor bagi.sakit ni tak reda juga...masyaallah.semakin hari saya rasa semakin tak berdaya...akhirnyaaa...bila saya berjumpa kawan-kawan.mereka menegur saya...dan berkata kenapa muka saya pucat.saya hanya mampu menangguk lemah dan tak mampu berkata apa-apa. dalam hati allah swt je tahu betapa saya terseksa dengan keadaan ni...

       baru-baru ni saya pergi berubat...kerana ada sahabat yang menasihatkan saya untuk pergi berubat secara tradisional..saya pergi..dan akhirnya saya tahu apa jawapannya..meremang bulu roma saya bila dapat tahu kebenarannya...subhan-ALLAH...rupa2nya.saya telah di sihir.semuanya berpunca dari perkenalan dengan seorang lelaki 2 tahun lalu...., d awal perkenalan dia baik.bila 1 hari saya dapat tahu dia mengamalkan ilmu hitam.....saya  tekad menjauhi dia..memberi alasan sebaik mungkin...supaya dia melepaskan saya.tapi tak sangka...dia memang berdendam dengan saya....bila terdetik tentang itu, tanpa disedari menitik airmata saya bila mendengar kenyataan itu.masih ade lagi manusia d dunia ni yang berdamping dengan syaitan dan percaya kan perkara2 munafik seperti itu. saya harap saya cepat sembuh dari penyakit ni....

tujuan saya bercerita bukan untuk mengaibkan sesiapa..saya cuma berharap pada sesiapa yang membaca entri ini..d harapkan supaya kamu semua bermurah hati untuk mendoakan kesihatan saya..hanya ALLAH SWT yang dapat membalas kebaikan kamu semua....


sesungguhnya yang buruk datang dari saya sebagai insan yang lemah,dan yang terbaik datangnya dari ALLAH SWT...

sekian buat kisah kali ini
wassalam

Friday, January 13, 2012

tragedi januari

assalamualaikum semua

rasanya ni merupakan entri pertama di bulan pertama tahun 2012
tak sangka harini....hari paling buruk dalam hidup aku ni...
maafkan aku sahabat.
aku sdaya upaya cuba menipu pak guard tu untuk menyelamatkan kau
ternyata kau terlalu jujur dalam berkata-kata
mungkin ni silap aku....
aku sangka aku akan terlepas,rupanya aku memang tak pandai menipu n 'coverline'

dan aku marah dengan diri aku sendiri
kerana membiarkan kau seorang diri menjawab semua soalan-soalan bertubi-tubi dari pak guard terbabit

sesungguhnya,aku amat menyesal kerana membiarkan kau mempertahan kan diri seorang diri

buat ke sekian kalinya....aku mengaku kat sini

"AKU TAK NAK DUDUK ASRAMA LAGI"..



sekian buat entri kali ni....dan terima kasih kalian yang sudi membaca luahan ati si kecil ni...


assalamualaikumwarahmatullahiwabarokatuh
T________T