assalamualaikum wbt.
setelah sekian lama tak menulis..keadaan yang menyebabkan saya menulis entri untuk harini....entah kenapa orang yang tak berapa lawa macam saya kena dugaan macam ni.
namun saya redha...mungkin allah swt tu tahu saya boleh lalui dugaan ini.entah kenapa.....satu hari,saya rasa tak sihat dan ianya berpanjangan.mula-mula..saya tak rasa apa-apa. tapi lama-lama keadaan ni semakin membebankan saya.setiap kali saya nak buat assignment,saya akan rasa lemah..dan ada sesuatu d bahu kiri saya..berat sangat.ALLAH SWT je tahu macamana seksa nya saya....dengan penyakit ni.
saya berulang alik ke klinik...da bermacam ubat yang doktor bagi.sakit ni tak reda juga...masyaallah.semakin hari saya rasa semakin tak berdaya...akhirnyaaa...bila saya berjumpa kawan-kawan.mereka menegur saya...dan berkata kenapa muka saya pucat.saya hanya mampu menangguk lemah dan tak mampu berkata apa-apa. dalam hati allah swt je tahu betapa saya terseksa dengan keadaan ni...
baru-baru ni saya pergi berubat...kerana ada sahabat yang menasihatkan saya untuk pergi berubat secara tradisional..saya pergi..dan akhirnya saya tahu apa jawapannya..meremang bulu roma saya bila dapat tahu kebenarannya...subhan-ALLAH...rupa2nya.saya telah di sihir.semuanya berpunca dari perkenalan dengan seorang lelaki 2 tahun lalu...., d awal perkenalan dia baik.bila 1 hari saya dapat tahu dia mengamalkan ilmu hitam.....saya tekad menjauhi dia..memberi alasan sebaik mungkin...supaya dia melepaskan saya.tapi tak sangka...dia memang berdendam dengan saya....bila terdetik tentang itu, tanpa disedari menitik airmata saya bila mendengar kenyataan itu.masih ade lagi manusia d dunia ni yang berdamping dengan syaitan dan percaya kan perkara2 munafik seperti itu. saya harap saya cepat sembuh dari penyakit ni....
tujuan saya bercerita bukan untuk mengaibkan sesiapa..saya cuma berharap pada sesiapa yang membaca entri ini..d harapkan supaya kamu semua bermurah hati untuk mendoakan kesihatan saya..hanya ALLAH SWT yang dapat membalas kebaikan kamu semua....
sesungguhnya yang buruk datang dari saya sebagai insan yang lemah,dan yang terbaik datangnya dari ALLAH SWT...
sekian buat kisah kali ini
wassalam
